Sunday, December 26, 2010

It's monday









" Hiburan ni fibrin dalam kapilari, terlebih jadi masalah, terkurang pun jadi masalah



Gua rasa gua dah overdose layan youtube.


Keh keh keh...

Thursday, December 16, 2010

Edisi Lapar

"Woi Bashir jom.." muqadimmah nada keras gua bagi kat Tom.
"Watpe?" gua dengar sore Tom gaye malas.
"Minum la!"  gua tengking sket.
"Lu trun la dulu, nanti gua sampai.."
Gua tak reply, straight gua letak fon.

Gua pun bingkas sarung suar jean yang gua tak basuh-basuh dari balik Manipal ritu. Capai wallet kat celah semak-samun bilik gua ni. Gua slow-slow jalan pegi Bashir. Sampai Bashir, gua usha port feveret gua da kene cop ngan tempe. Faking betul. Gua usha tempe tu dengan gaya ganas sampai tersembur air soya dalam mulut tempe tu. Terpaksa gua lepak port lain. 

Tengah gua tunggu chai dengan megi telur gua sampai, tibe-tibe fikiran gua teringat zaman kecik-kecik duduk kampung dulu. Best gile mase gua darjah satu sampai darjah dua. Hidup kat kampung takde banyak masalah. 
Time kat kampung dulu, budak-budak sume baik-baik, nak jumpe cakap-cakap kesat memang tak dapat, kalo ade pon, kompem dapat penampar dengan mak bapak. Gua pindah KL, 2 bulan je gua jadi rosak. Mencarut da jadi darah daging. Member-member sume perangai macam setan. Time tu ade channel Metro Vision, ada hari die tunjuk cerite Baywatch. Memang melucah je la yang gua pikir time tu. Kat kampung gua, kalo hujung minggu, aktiviti sume takde la macam kat KL. Kalo kat kampung, weekend je gua pegi mandi sungai Bukit Jana jalan kaki je. Kat KL, sungai ade je sebelah rumah gua, sungai Gombak. Penah skali gua gian nak mandi sungai, gua lompat sungai Gombak tu, pastu seminggu naik gatal-gatal satu badan.

Dari hidup kat bandar, belanja mahal, orang berhutang bergadai nyawa nak dapat duit. Kat kampung gua dulu belanje sekolah sehari arwah nenek gua bagi 50 sen. Beli nasi lemak 20 sen dengan air anggur bancuh 10 sen. Baki 20 sen gua masuk tabung. Cukup bulan gua korek beli mainan tak pon beli Jojo. Tapi darjah tiga gua pindah KL belanja gua sehari up jadi seringgit sehari. Nasi lemak sikit ciput harge 70 sen, air sirap tawar 30 sen. Satu sen pon gua tak dapat nak simpan.

Makanan sampai. Gua pon stop mengelamun. Makan-makan, order chai satu lagi, amek chicken puff dua. Pas habis gua nak bayar kat Bashir.

"How much Bashir?"
"Seratus Rupee."

Kimak mahal nak mampos.

"43 Bashir." Gua wat muke tebal, pastu straight blah.

P/s: Sampai habis Tom tak datang. Keparat lu!





Kasut Boot, Braces, Berambut pendek

Pergh..Skali gua teringat zaman-zaman gua geng budak botak jahat la..

Wednesday, December 8, 2010

komuniti Fucktard version 2.0

Gua kadang-kadang nak jugak merasa tulis puisi..


Telah berkali-kali
Mereka nasihati
Jangan mendabik diri
Kau masih belum mampu lagi
Berjalan pun belum tahu lagi
Namun kau mengerti
Mereka iri hati

Hati kau keras, sekeras permata
Langit tertinggi ingin diteroka
Jurang laut kau nak noda
Kau pacat cuba menjadi naga buana
Kerana kau rasa
Ingin berjaya
Dari dipandang hina di mata mereka

Kini, kau bebas muktamat
Jauh dari mereka yang berhati kelat
Biarkan mereka berkulat
Jika tidak esok, mungkin tulat
Semoga mereka hancur lumat
Di dalam komuniti fucktard

p/s: pasni gua start nos2 balik..hakhakhak!

Ni puisi sama tapi xserupa version 1.0... layan beb

Sunday, December 5, 2010

Aku nampak Kucing Melintas La Woi!


Zaman Pasca Seroja

Satu malam tu, Gua, Tom ngan Khafy pegi umah awek-awek KTT. Kitorang plan nak pinjam kereta untuk buat transport angkut barang-barang untuk side project short semester. Time awal-awal tu memang sekor pun takde transport lagi. Sume naik bas Uncle Billy Joe Amstrong. Gua sampai sekarang berdendam dengan Uncle tu sebab halau gua turun bas sebab terlupa bawak kad bas. Gua pinjam motor member Faiz, gua kejar balik bas tu, gua tunjuk fuck kat uncle tu! Tom plak sampai habis pasca Seroja pon still tumpang orang. 

So tuan punye kereta, Akmal Nadia cam orait je nak kasi pinjam walaupon die bukan member group side project kitorang. Tapi dia cakap kereta dia ni kereta olskool sket. Cam susah nak bawak kalo tak bese. So kitorang plan nak pegi test drive dulu. So gua Tom ngan Khafy, Akmal Nadia ngan housemate die.

Sampai kat kereta, Honda Civic lame, plet WAX. Akmal Nadia explain-explain sket kereta dia kat Khafy sebab die yang nak kene bawak nanti. gua ngan Tom plak cam usha-usha housemate Akmal Nadia ni. Cantik-cantik. So Khafy try bawak keta tu, kitorang 5 pun pusing-pusing area Shah Alam. Mase tu sume tak makan lagi. So pas habis pusing, suh Khafy bawak gi ACE CAFE kat TTDI Jaya. 

Sampai kat kedai, oder makan sume sambil borak-borak kosong. Gua, Tom ngan Khafy tengah masuk jarum kat housemate Akmal Nadia. Pastu makan, gua terasa nak hisap shisha, gua order sebalang. Gua ngan Akmal Nadia je layan mula-mula. Tapi tiba-tiba Khafy pon nak try. Gua tengok Khafy cam ada kekok-kekok hisap shisha. Tapi boleh tahan banyak gak die sedut, macam da bese gayanya. Gua wat malas nak amik port. 

Pas abes sume, kitorang pun nak berangkat balik. Gua perasan Khafy agak senyap. Dia passing kunci kereta kat Akmal Nadia, suh die bawak kereta. 

"Aku rasa macam aku pening la hisap shisha."

Gua ngan Tom bantai gelak gila babi. Sepanjang perjalanan balik, Khafy cakap memang dah tahap merapu-rapu dalam kereta. Macam amek dadah. 

P/S: Start malam tu la Khafy dapat nama legend die - Stone

Saturday, December 4, 2010

Salah belah, salah belah

Teringat zaman gua kat Seroja. Ada satu hari tu Pami Pinky masuk wad kene denggi. Gua dan ahli-ahli Seroja pon pegi melawat kat HKL. Petang time masa nak balik, kitorang berenti kat simpang nak kuar HKL, bincang nak makan kat mane. 

Discuss punye discuss, last-last plan nak makan kat seksyen 2 shah alam. Gua ngan Mami naik motor skali, cam malas nak ikot. Sakai ape da sampai KL,nak gak makan kat Shah Alam. Buat bazir gua topup minyak motor Mami je. Sume time tu da perderas naik motor. Hari nak hujan kot gamaknye sume perderas tu. 

Tapi gua tengok setan perderas nombor satu, Stone bawak motor boleh tahan cam haram slow. Stone nek motor ngan Tom. Dalam hati gua suspek, ni mesti ade agenda due ekor setan ni. Gua cakap kat Mami,bawak slow sikit, follow Stone. Pastu sampai satu simpang sebelum nak masuk Federal Highway, kat area-area Mid Valley, Gua perasan Stone masuk satu simpang. Memang sah, ade agenda. Gua suh Mami overtake kat simpang lagi satu, memang tembus dengan jalan Stone belok tadi. Pastu terserempak ngan gua, muke cam relek, cakap tak nak pegi makan seksyen 2. Cantik la, ade jugak same pendapat.

So plan nak pegi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Masuk kat area-area Istana Negara, lalu depan opis penyimpan mohor besar raja-raja. pusing-pusing last-last jumpe. Cantek plak elok je jumpe kedai, da malam, hujan plak turun lebat. Memang into la pekena ikan bakar sejuk-sejuk ni. Kitorang pilih-pilih, dapat siakap dua ekor, sotong ngan ape lagi tah gua tak ingat. 

Gua suh orang kedai tu buat sotong goreng tepung, memang feveret gua, tapi kene maki dengan budak-budak.

"Sotong goreng tepung pale otak lu, kedai tomyam pon boley dapat la setan!" Tom maki gua cam celaka.

Gua bengang, balas balik, "Lu tak payah makan!"

Last-last memang sume pon makan. Lahanat! Tapi gua nak maki orang dalam blog yang cakap kedai ni punye ikan bakar sedap. Macam haram tak best!

p/s: Balik dari makan  malam tu, sume kena maki ngan Barb sebab tak ajak sekali. 





VLOG orang-orang tgh hopeless


Thursday, December 2, 2010

kadang-kadang

kadang-kadang
orang tak faham apa yang kita faham
kadang-kadang
orang tak rasa apa yang kita rasa
kadang-kadang
orang tak fikir macam yang kita fikir
kadang-kadang
orang tak percaya apa yang kita percaya
kadang-kadang
orang tak buat apa yang kita buat
kadang-kadang
orang tak mampu apa yang yang kita mampu
kadang-kadang la..

Monday, November 29, 2010

No mood

Either I stay or walk away

The foul side still happy

thank you for the info..

skrg gua rase sket je lagi gua nak buat keputusan muktamad..

pada yang terasa tu, harap faham-faham la ye..

gua orang jugak beb..

brape lame jugak la gua mampu pendam kalo hari-hari sakit jiwa..

BEWARE!

Agak-agak treshold gua da lepas paras hidung ka?

“You mau cari apa henfon? Baru ka second hand? Iphone ka Uphone?” Amoi yang berpakaian separuh lut cahaya tu tanya gua.

Gua wat-wat sibuk tengok henfon kat dalam meja kaca. Pastu gua reply tenang.

“Tiga tiga satu kosong ada ka amoi?”

Sunday, November 28, 2010

MUSA

Musa berlari sepantas mungkin. Bunyi sang pungguk bercampur aduk dengan bunyi degupan jantung Musa, nyata kedengaran kuat di dalam kepiluan sang malam. Musa terus berlari menuju ke rumah sewanya. Masuk sahaja ke dalam rumah, Musa mengunci pintu sehabis mungkin. Kesemua tingkap ditutup erat dan di labuhkan langsir. Musa segera menuju ke kamar tidurnya di tingkat atas.

Musa membaluti diri dengan comforter. Terasa bayu malam ini sangat sejuk. Namun peluh-peluh dingin mula membanjiri segenap raut muka Musa. Matanya melilau memandang kiri kanan seperti mencari sesuatu. Kemudian perhatian Musa tertumpu kepada almari usang tempat dia mengisi pakaian, yang terletak di sudut bilik yang bersepah tidak terurus. Musa tidak berkelip memerhatikan almari usang itu.

Musa menuju ke almari usang itu. Di suatu sudut dalam almari itu  Musa mengambil satu kotak hitam yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Kotak itu perlahan-lahan Musa buka.Kotak itu menyimpan segala memori Musa bersama Jamilah. Musa membelek kotak hitam itu. Musa melihat isi kandungan kotak itu. kemudian, Musa mengisi kotak hitam itu dengan sehelai baju tidur wanita yang berlumuran darah. Musa tersenyum.


Saturday, November 27, 2010

Kebebasan yang muktamad

21 Oktober 1947

Perjalanan dari Batu Kurau ke Ipoh ternyata memakan masa. Azizi perlu menaiki tiga bas berbeza. Jadual bas pula tidak menentu. Dari stesen bas Pekan Ipoh pula, Azizi perlu menaiki beca untuk ke rumahnya di Pasir Puteh.

Azizi menyinsing lengan kanan baju kemejanya. Jam tangan bejenama Benrus perberian ayahnya menunjukkan waktu sudah pukul 10.30 malam. Azizi semakin gelisah. Kelmarin Azizi mendapat telegram di Sekolah Melayu Teluk Kurau tempatnya mengajar. Telegram itu datang dari bapa mertuanya.  Salmah sakit hendak bersalin. Azizi perlu lekas-lekas pulang untuk menyambut kelahiran anak sulongnya. Sepanjang perjalanan, Azizi tidak henti-henti berdoa akan keselamatan isteri tercinta dan anaknya. Apa yang paling Azizi runsing adalah prosedur Salmah melahirkan anak.

Azizi berpendidikan tinggi berbanding pemuda-pemuda melayu zaman ini. Jadi dia kurang yakin dengan bidan kampung. Dia lebih percayakan doktor.  Namun semalam, nasib tidak menyebelahi. Salmah tidak dapat dihantar ke hospital. Jika bukan kerana semalam adalah 20 Oktober 1947, Azizi tidak serisau begini.

20 Oktober 1947

Seluruh Pekan Ipoh seperti tidak berpenghuni, seperti pekan mati. Jalan raya di pekan yang selalunya sesak, hari ini menjadi sunyi sepi. Bunyi-bunyi enjin dan hon yang sering menghiasi jalan raya, Cuma hari ini menjadi lengang. Tiada bas, teksi, beca, motosikal, mahupun basikal. Kedai-kedai di sepanjang jalan yang kebiasaannya sibuk dengan perniagaan, hari ini tutup bagaikan perniaagaan yang telah gulung tikar.

Kelihatan ratusan poster ‘Hartal se-Malaya’ menjadi corak di dinding-dinding setiap deretan kedai sehingga ke pelusuk kampung sekitar Pekan Ipoh. Seluruh rakyat Pekan Ipoh sehati-sejiwa, nekad membantah cadangan Pihak British untuk melaksanakan ‘Federation of Malaya Constitution’. Rakyat sudah mula celik akan hakiki. Hakiki bahawa cadangan ini adalah tipu muslihat penjajah jahanam untuk membonekakan umat Malaya. Hakiki bahawa rakyat sebenarnya tidak harus mendiamkan diri di dalam cengkaman kuku orang asing. Hakiki bahawa sudah sampai detik kebebasan.  Kebebasan yang muktamad. 


Friday, November 26, 2010

King of Fucktard, sofa merah dan ganja

Gua tido pagi tadi pkol 6 setengah. 
Gua bangun pkol 12.
Bangun-bangun je gua pegi kelas.
Balik dari kelas gua pegi men bola.
Balik men bola je KOF dah ada satu blog yang bernama Sofa Merah dan Ganja.haha.

FUCKTARD!





Wednesday, November 24, 2010

Jamal

Jamal duduk terdiam di sofa ruang tamu rumahnya. Perlahan dikeluarkan kotak rokok Marlboro merah yang dah tinggal dua batang dari poket kemeja Hawaiinya, dikeluarkan sebatang lantas dinyalakan. Sambil menyedut asap rokok, Jamal melihat recent call di Iphone 4 warna putihnya. Fikiran Jamal melayang jauh. Dialog perbualan selama 3 jam dengan maknya malam semalam masih terngiang-ngiang di liang telinga capang Jamal. 

“Mal, bila lagi hang nak bagi Mak menantu? Umoq hang da nak masok 35. Toksah la dok memilih sangat Mal oi. Kalau hang mau, biaq Mak yang carikan hang bini. Belanja apa suma biaq mak yang tanggung. Tu pon kalau hang nak la. Mak ni pon da tua. Takkan hang nak tunggu Mak da nak ‘jalan’ baru hang nak terhegeh-hegeh pi cari bini?”

Perbualan ini lah yang merunsingkan kotak fikiran Jamal. Ini bukan first time perbualan seiras ini dengan maknya, dah berpuluh-puluh kali, tapi semua Jamal buat tak endah. Tapi kali ni maknya guna modal mati ni yang Jamal tak boleh nak melawan. Takut masin mulut maknya, menyesal tak sudah Jamal nanti.

Bukannya Jamal ni tak laku. Jamal mempunyai wajah yang tampan, body tegap kulit sawo matang. Dia berkerja sebagai seorang doktor pakar di Institut Perubatan Respiratori. Rumah banglo lot satu ekar, kereta Audi R8 beli cash siap. Gaji setiap bulan berkepul-kepul.  Pendek cerita, cukup perfect untuk masuk list calon menantu dan suami pilihan.

Bukan juga Jamal ni tak ada teman wanita. Sudah ramai awek-awek yang Jamal dah date. Hampir kesemuanya cantik-cantik, comel-comel, molek-molek. Tapi, cuma Jamal yang tak serius, tak mahukan ikatan. Menyusahkan bagi Jamal. Lebih senang hidup solo. Tapi kali ini, Jamal tak ada pilihan. Lantas, Jamal membuat keputusan. Esok, dia akan pergi melamar salah seorang dari teman-teman wanitanya.

Saliha. Gadis ini yang paling Jamal rasa sesuai dijadikan isteri. Jamal sudah kenal 6 tahun. Manis bertudung, kuat pegangan agama, datang dari keluarga orang baik-baik. Maka selepas kerja, Jamal pergi berjumpa Saliha. Jamal terus menyampaikan hajat kepada Saliha.

“Abang Mal, maaf abang, tapi hati Leha sekarang dah ada orang lain.”

Jamal tergamam mendengar hujah Saliha. Perlahan-lahan Jamal mengatur nafas semula. Walaupun agak hampa,tetapi tak apa. Jamal masih ada second choice.

Jamal menghubungi Mariam, teman wanita sejawatan dengannya di cawangan lain. Mariam memang cantik orangnya, versatile, sesuai dengan pangkatnya. Selepas ditetapkan lokasi date, Jamal sekali lagi menyampaikan hajat.

“Jamal, I datang jumpe U ni, sebenarnya I nak bagi kad jemputan nikah I next month. Sorry la ye Jamal. U jangan tak datang pulak tau.” Tercengang Jamal seketika. Terasa sedikit tersangkut salur pernafasan Jamal. Tapi, Jamal masih belum putus asa. Dia masih ada pilihan lain.

Jamal pergi pula berjumpa dengan Nurin, teman wanitanya di universiti dahulu. Selepas Jamal melamar Nurin,  Nurin serta merta menangis sekuat-kuatnya.

“Mal, Nurin memang sayangkan Mal. Sudah lama Nurin Tunggu Mal . Tapi Mal tak pernah nak bagi respon kat Nurin. Semalam Nurin baru terima pinangan orang lain. lusa kami nikah.”

Seperti ada fius yang terpotong, fikiran Jamal serta-merta kosong. Segala-galanya sudah tidak memberi erti buat Jamal. Dia hanya mampu ketawa. Ketawa terbahak-bahak walaupun tiada langsung yang melucukan. Ketawa seperti anak kecil diacah-acah. Sehinggalah sebulan kemudian, Jamal diberhentikan kerja, badan yang tegap dah jadi kurus kering, dan masih kelihatan ketawa tak henti-henti di Rumah Bahagia Tampoi.

mabuk cinta


Gua syak sekarang musim mengawan!


Tuesday, November 23, 2010

Pergh

“Woi! lu orang cover line kejap,gua da nak start misi ni!”

“okey takde hal.” Balas gua kat kat member gua Garok.

Gua, Acap dan Emy dengan tekun usha keadaan sekeliling, mana nak tau kalo2 pak jaga wat ronda. Kalo kantoi mau kene pau abes rokok kitorang. Gua engat lagi balik outing lambat, abes lima kotak rokok dunhill  20 dengan surya 16 gua beli nak wat bisnes kene sebat,kalo tak bagi nama naek plak kat hal ehwal pelajar. bangsat.

“woi, line da clear!” jerit Acap volume rendah sambil menunjukkan ibu jari kat Garok yang dah separuh perjalanan panjat tiang astaka. Tangan sebelah Garok tengah pegang bendera Jalur Gemilang yang kitorang sebat kat bangunan library, sebelah lagi tangan pegang tali rafia. Esok 31 Ogos. Misi kitorang nak pacak bendera kat tiang atas astaka sebelum pukul 12 malam. Tapi ni bukan kerja senang. Nak panjat atap astaka ni tadi pun bukan main susah. silap gaya boleh maut. Tapi disebabkan semangat patriotisme tengah membuak-buak, kitorang bedal jugak. 

Gua ngan emy lepak kat hujung atap astaka sambil tengok2 bawah sambil light rokok Surya.

“Lu agak-agak kalo jatuh ni,mau patah tak sume tulang kita?” tanya Emy sambil pas rokok kat gua.

Gua diam sambil perlahan2 layan tarik rokok Surya yang da tinggal separuh.

"confirm." balas gua.

Sepetang di matrik

malam semalam time gua tengah bosan-bosan men gitar,gua teringat balik zaman gua kat matrikulasi dulu. tahun 2005 gua join matrikulasi perak.time tu gua tak tahu apa-apa pon pasal matrik ni. ye la bukan dari sekolah asrama penuh,mana nak expose sangat benda-benda camni ye dok.so mak ngan pakcik gua antar la gua. pagi-pagi lagi kitorang da gerak dari kolumpo. sampai-sampai je pas daftar,check-in bilik apa kejadah sume, mak ngan pakcik aku pon blah la tinggalkan aku.

dalam bilik gua ada empat orang,tiga orang tak hensem dan seorang hensem iaitu gua.tapi ketiga2 budak tak hensem ni xde plak kat bilik,suma pegi lepak dengan member-member sekolah.

gua syak gua sorang je dari sekolah gua masuk matrik perak ni. tapi bagus jugak. gua nak buat imej baru. imej budak skema. gua plak pakai spek bingkai plastik kaler itam,time tu femes gila.muka da memang skema haram. imej budak jahat zaman sekolah dulu-dulu tu gua nak buang jauh-jauh. 

apa lagi gua pon start la teroka cari member-member baru. tapi sebelum tu,gua pegi teroka cafe budak-budak pompuan dulu. sangap weh. gua dari form 1 sampai form 5 sekolah laki je. 

sampai dekat cafe B,  mak datuk gua kat syurga agaknya ni. punye la ramai aweks2. gua pon betul-betul kan remos,tolak spek nek atas sket,jalan dengan gaya penuh sopan. lalu je sebelah awek, pergh bau wangi gila menusuk ke sepelusuk jasad aku. memang menaik la.

"Woi! Sarip!"

fuck!sape plak panggil nama gua ni. seingat gua dari tadi gua xpernah introduce lagi diri kat sape2. gua carik-carik empunya suara garau tu.

"Oi fucker!sini ar!"

sekali member lame gua rupanya. dia dulu satu sekolah dengan gua,tapi sebab dia pandai sangat, masuk asrama penuh.

"woi syaitan,lama gila tak jumpa ko!" balas gua selamba. gua berjalan menuju kat member gua yang duduk kat tengah-tengah cafe sambil cover langkah gua tiap-tiap kali lintas awek.

"apa cerita weh?" tanya member gua.

"biasa-biasa." balas gua relek.

"awek lu amacam?" member gua tanya lagi.

"macam tu la." gua jawab malas2.

"awek lu plak?" gua tanya balik.

"gua da jadi gay"

Monday, November 22, 2010

vanessajames

Ini cerita pasal vanessajames.
anak sulong barbarajames,cucu sulong samanthajohn.
umur baru 8 tahun,tapi dah ditinggalkan ibubapa sedari kecil.
ini cerita pasal vanessajames.
dia dan 2 org adiknya tinggal bersama samanthajohn di canada.

ini cerita pasal vanessajames.
dia tidak pernah menyoal kenapa dia tiada ibubapa seperti rakan2 sekolahnya.
tidak pernah sekalipun dia bertanya kepada samanthajohn perihal ibubapanya.
yang dia tahu,samanthajohn itulah bapa dan ibunya.
dia hanya tahu nama sebenar ibu nya adalah barbarajames,dan nama ayahnya james.
dia juga hanya tahu setiap kali amik report card time hari akademik,samanthajohn lah yang hadir.

ini cerita pasal vanessajames.
dia tahu samanthajohn sakit.
hatinya lobos dimakan anai-anai.
setiap malam juga vanessajames meletakkan ubat anai-anai di bahagian dada barbarajames.
dia sayangkan samanthajohn melebihi segalanya.
dia tidak mahu hidup tanpa kasih sayang samantha john.
kalau boleh dipindahkan sakit itu kepada diri sendiri,sudah lama dia nak.
biarlah dia yang pergi dahulu.
dia sangat mulia.

http://xxuzexx.blogspot.com/2010/11/samanthajohn.html
http://hey2uu.blogspot.com/2010/11/barbarajames.html

Musim Sejuk

"oi fuck! lu ckp nk pegi bashir!"
jerit gua sambil menambah 2 das sepakan ke arah tom yg masih berbungkus dlm comforter spongebob kaler merah..tom yg sedikit terperanjat dengan jeritan gua pon bgn smbil cover2 lap air liur basi..
sofa 12 ribu rupees yg da jadi katil tom pon dibiarkan berselerak xberkemas..
tom lantas mencapai tuala yg tergantung pada coat-hanger,"wa pekena berak dulu" ujar tom dlm mamai2..
gua tgk jam henpon gua da pkol 7.15 pagi..time2 camni paramesh baru je lepas wat chai,agak layan kalo minum panas2..kat bangalore skrg musim tgh nk sejuk..hari tu pagi cakap2 mulut da start kuar wap..

pkol 7.30 pagi gua ngan tom pun berjln menuju ke bashir yg terletak sebelah je ngan flat sewa gua..
sampai dalam kedai gua nmpk paramesh tgh buat2 sibuk sapu2 lipas mati atas lantai..
tanpa cakap byk terus gua order "paramesh, one chai!". tom si keparat plak pegi order kopi..
gua lepak kat port meja depan..sejuk2 ni mmg tersa nk mkn roti,tp gua tgk roti bun dia pun da agak lembik2..
gua pon simpan dulu niat nak mkn roti,gua order megi telur..tom terdiam tanda masih mamai..
sambil gua tunggu mknn ngan chai gua sampai,gua nmpk ramai budak2 tgh beratur nak naik bas..
dalam ramai2 tu gua nmpk roy budak rumah gua tgh menyelit nak potong barisan..
"oi pegi mane?"jerit gua sopan..
"pegi kelas la" balas roy dgn nada xberapa manja..
"tolong proxykan!!" balas gua sambil menghirup chai tarik panas yang baru sampai..


tom masih lagi mamai................





Sunday, November 21, 2010

Pak usen dan jam dinding

FUCK U!
carut si danial 7 tahun 6 bulan sambil mengikut nada lagu surti dan tejo..
budak2 zaman sekarang mmg cpt sgt terpengaruh dgn bende2 yg xelok mcm ni..
danial 7 tahun 6 bulan terus mengomel ke arah tembok celaka hujung kampung..
tembok celaka tu mmg terkenal sbb da byk kes xelok terjadi kat situ..
dari kes buang bayi,mat dadah wat 'port',
sampai ke kes mat rempit tegar maut eksiden, di tembok celaka tu la lokasi utama..
danial 7 tahun 6 bulan pun berlalu cari jln lain nk pegi kedai pak usen..

"hari mcm da lmbt, kang abes pulak jajan supering kat kedai pak usen"..
danial 7 tahun 6 bulan curik2 tgk jam dinding dlm umah mak lijah janda ujung kampung..
"jenguk2 ape tu danial??"
terkejut badak danial 7 tahun 6 bulan..
"tgk jam pukul brape je mak lijah" ujar danial 7 tahun 6 bulan sambil memandang mak lijah yg berkemban
kain batik,baru lepas mandi dekat telaga blkg umah..
mak lijah yg umur dlm nk dekat2 separuh abad hanya tersenyum,ternmpk sedikit kedutan di dahi..
danial 7 tahun 6 bulan pernah dengar cerita mak lijah janda ujung kampung ni dulu masa muda2 die pnh dpt gelaran
ratu kebaya kampung sekitar tahun 70an..
bak kate org,primadona kampung la..
time tu mmg ramai mat2 bujang gile bayang dkt mak lijah..
tp sume mak lijah rejek bulat2..
dlm hati mak lijah hanye ada seorang jejaka je yg menjadi idaman..
usen "romeo" kampung..
usen xmcm jejaka2 yg laen..
usen bg mak lijah seorang jejaka ada wawasan,
hensem, dan paling penting ada dagu lekuk macam john travolta..
tp kononnya usen nak berhijrah ke kuala lumpur..
dgr2 cerita orang kampung usen nak bernikah dgn gadis bandar pilihan keluarga..
mak lijah frust tak terkata,hari2 berlinangan air mata..
sampai la satu hari family mak lijah terima pinangan leftenan mamat..
sedih dan hancur hati mak lijah time tu,tp sebab hormatkan keputusan kedua org tuanya,
mak lijah terpaksa menerima..
selepas berkahwin,mak lijah mengikut suami dan keluarga leftenan mamat berpindah ke sarawak..
tp apakan nasib,2 bulan selepas itu leftenan mamat terkorban dlm satu misi di luar negara..
mak lijah pula terpaksa terus menetap di sarawak utk menjaga ibu mertuanya yg jatuh sakit
sampai la org tua tu meninggal tahun lepas,mak lijah pulang semula ke kampung tinggal di rumah tinggalan keluarga mak lijah..

"pukul 6 setengah dah danial"
terjaga danial 7 tahun 6 bulan dari lamunan mendengar suara mak lijah yang sedikit menjerit..
selepas mengucapkan terima kasih pada mak lijah,
danial 7 tahun 6 bulan meneruskan perjalanan ke kedai pak usen..
"harap2 la jajan supering ade lagi"
ujar danial 7 tahun 6 bulan sambil menggaru2 bahagian ari2nya..

http://xxuzexx.blogspot.com/2010/11/danial-dan-tembok-batu.html
http://hey2uu.blogspot.com/2010/11/pak-usen-dan-tembok-batu.html