Tuesday, November 23, 2010

Pergh

“Woi! lu orang cover line kejap,gua da nak start misi ni!”

“okey takde hal.” Balas gua kat kat member gua Garok.

Gua, Acap dan Emy dengan tekun usha keadaan sekeliling, mana nak tau kalo2 pak jaga wat ronda. Kalo kantoi mau kene pau abes rokok kitorang. Gua engat lagi balik outing lambat, abes lima kotak rokok dunhill  20 dengan surya 16 gua beli nak wat bisnes kene sebat,kalo tak bagi nama naek plak kat hal ehwal pelajar. bangsat.

“woi, line da clear!” jerit Acap volume rendah sambil menunjukkan ibu jari kat Garok yang dah separuh perjalanan panjat tiang astaka. Tangan sebelah Garok tengah pegang bendera Jalur Gemilang yang kitorang sebat kat bangunan library, sebelah lagi tangan pegang tali rafia. Esok 31 Ogos. Misi kitorang nak pacak bendera kat tiang atas astaka sebelum pukul 12 malam. Tapi ni bukan kerja senang. Nak panjat atap astaka ni tadi pun bukan main susah. silap gaya boleh maut. Tapi disebabkan semangat patriotisme tengah membuak-buak, kitorang bedal jugak. 

Gua ngan emy lepak kat hujung atap astaka sambil tengok2 bawah sambil light rokok Surya.

“Lu agak-agak kalo jatuh ni,mau patah tak sume tulang kita?” tanya Emy sambil pas rokok kat gua.

Gua diam sambil perlahan2 layan tarik rokok Surya yang da tinggal separuh.

"confirm." balas gua.

No comments:

Post a Comment