Thursday, June 5, 2014

SOH SOH SOH

Rini gua demam selsema..dok soksehh je hingus dr pagi kepala pening2..serius gua malas gila nk kerja rini..kena oncall pulak..adehh..

"Boss besar round surgery 1"

Mesej ringkas dari boss2 kecik gua, dah cukup buat gua berderau darah..boss besar gua ni angin memang lain macam..penah skali dia buat gila suruh gua present case satu ward tanpa tgk file patient..takdak otak btul..

Gua pon berlari2 anak pegi ward sebelah..tgk boss besar gua muka bengkek tgk gua..da apahal? Tgk gua atas bawah atas bawah..gua pon present la case sedikit tidak lancar..tp pelik kali ni dia tak basuh plak gua present camtu..biase belom abes muqadimah lagi gua da kene sembur..ni dia tgk lagi gua atas bawah..peluh jantan gua da menitis, celaka ekon xde ke ward ni?

"Ariff..."

Gua mula cuak..ni kene basuh ape pulak kali ni..

"Ye boss?" Balas gua gugup..

Boss besar gua senyap balik..da pulak..

"Ko dress up hari ni.."

"Ye boss?" Gua da pandang muka boss yang tgh berkerut..

"Macam koboi.." berkata boss gua dan tros blah..


Wednesday, June 4, 2014

Memohon maaf kepada dato ramzi sham



maaf atas isi blog saya yang telah menyinggung perasaan dato..di sini saya ingin menetangkan bahawa isi blog saya hanyalah hobi dan tidak langsung berniat untuk memburukkan mana-mana pihak..namun saya sedar kesilapan telah dibuat dan saya lalai dalam mengambil kira perasaan pihak lain..jutaan maaf saya pohon dari pihak-pihak yang terlibat

Sunday, September 25, 2011

Ntah gua merepek kejap

Gua nak cakap benda baik-baik, gua rasa gua pun agak durjana. Tapi entahlah gua rasa gua nak cakap jugak. 

Itu hari gua balik Malaysia, gua jalan-jalan dekat Uptown Danau Kota. Niat nak cari sikit baju nak buat beraya. Sekali adalah gua terselisih dengan seorang minah melayu ni. Gua tak kenal pun. Gua tak niat pun nak curi-curi dengar apa minah ni borak-borak dengan lagi seorang member dia, awek la jugak. Tapi disebabkan volume dia bersembang boleh tahan jugak kuat, gua terlayan la jugak.

"Eleh si Joyah(bukan nama sebenar) tu, harap pakai je tudung, tapi selak tudung ada lovebite bersepah-sepah."

Member dia tu sampai terbeliak-beliak biji mata konon-konon terkejut gila babi la kot.

"Aku ni tak bertudung pun takde setan macam si Joyah tu." - Minah tu sambung lagi. Baju sendat colour biru  ditarik-tarik sebab takut ternampak lurah punggung.

Dalam hati gua terfikir. Apa masalah orang Melayu sekarang ni, buruk orang suka sangat diheboh-hebohkan. Selagi tak buruk nama orang tu, selagi tu tak puas hati. kalau dah berjaya, baru la puas, macam hilang beban dalam jiwa. Gua bukan apa, gua anti betul dengan awek-awek yang tak bertudung ni asyik-asyik cakap yang diorang tak bertudung pun, tapi tak ada la jahil macam sesetengah awek yang bertudung. Sembahyang penuh 5 waktu tiap-tiap hari. Baguslah kalau macam tu. Tapi cik adik, lu bandingkan dengan minah tudung yang jahil buat apa. Lu banding la dengan minah tudung yang beriman boleh? Lu sembahyang penat tiap-tiap hari, tapi lu still tak tutup aurat. Nanti kalau dekat akhirat, amalan lu memang da cantik sempurna, tapi sebab lu tak tutup aurat, amalan jadi sia-sia, lu tak rasa rugi ke? Just sebab lu nak sangat tunjuk rambut panjang mengurai dahi luas. Tak berbaloi kot. Bukan susah pun nak pakai tudung, orang dah banyak cipta tudung yang sekali lu sarung je, lawa je gua tengok orang pakai. Kalau rasa tak lawa, dah banyak da fesyen-fesyen baru tudung, Hana Tajima la, tudung Yuna la, try la pakai. Lagi manis dari lu tunjuk dahi luas rambut berkarat lu tu.

Bukan apa, benda ni untuk kebaikan. Banyak mata-mata jahat. Gua sebagai lelaki mengaku, kalau ada dua awek lalu sebelah gua, seorang bertudung, seorang lagi freehair, sumpah mata gua confirm usha yang tak bertudung tu dulu, kalau lawa, memang sampai habis gua usha, kalau muka agak kelaut, gua abaikan tengok body pulak. kalau out jugak, baru gua beralih pandangan dekat yang bertudung. Tapi tu nasib baik gua, cuba kalau yang usha lu orang tu perogol, tak ke naya.

pandai-pandai la lu fikir sendiri.

Tuesday, July 5, 2011

Susah

Dahulu
Bukannya mudah untuk mencapai cahaya yang memanggil
Strategi disusun berbulan lama
Segala kelemahan jiwa dan raga ku baik pulih
Agar nanti bila mungkin bersama
Aku sentiasa bersih untuk cahaya yang memanggil

Bila berjaya ku dakap cahaya yang memanggil
Hidup ku terasa lengkap
Suka lucu lara dan ratap sekali pun
Ku bahagia asalkan sentiasa bersama kilauannya
Kerana aku tersilau dengan kemanisan belaiannya
Yang aku memang pasti jujur buatku selama-lama
Selagi nafas mengisi dada
Hatiku tetap terpateri
Walaupun ku terpisah
Kerana bukannya mudah
Untuk aku mencari cinta sepertinya

Namun
Bukannya mudah
Untuk cahaya sentiasa bersinar
Hadir mendung muncul rembulan
Tiba saat cahaya tidak memanggilku lagi
Aku sesat di alam sepi!
menangis tiada siapa menghampiri


Tapi aku tidak alpa
kerana ku senantiasa yakin
Cahaya itu tidak hilang sebenarnya
Ianya cuma terlindung
Di sebalik awan mendung
Malah memantulkan cahaya ke arah bulan
Sebagai tanda isyarat
Bahawa dia masih ada
Dia harap aku bersabar
Menunggu penuh harapan
Waktu dia muncul semula
Kerana bukannya mudah
Melepaskan tangan yang sudah kemas disambut
Melupakan jiwa yang paling diingati
Kerana itulah ku terus menanti



Monday, May 30, 2011

Aku rasa

"AKU RASA DIA SUKA AKU"

Sembur Uze secara tiba-tiba. Gua sedikit terkejut. 

"Mana ko tau?" nada gua serius.

Uze terdiam sebentar. Watak Venomancer di screen ditatap longlai. Permainan baru bermula kurang 10 minit, Uze da kill dekat 9. Semangat membunuh Tempe yang dimiliki oleh Uze memang dasyat. Baru-baru ni Uze pawned tempe guna Dazzle, sampai 10 minit semua leave serentak. Ganas tak terkata. Gua selaku Techies slow-slow tanam bom merata-rata. 

"Holy Shit!" tanda kill yang ke -10 berkumandang. 

"Tadi dia tegur aku masa Commed" sambung Uze.

"Aku rasa ko ade chance Ze" gua cuba memberi suntikan semangat.

"Ko try mintak nombor phone tengok ade respon ke tak. Pompuan ni kadang-kadang lumpy sket. Senang konfius Ze. Time diorang tengah konfius ni la ko cucuk jarum." balas gua lagi.

Uze terdiam lagi sekali. Riak wajah menampakkan semangat berkobar-kobar. Mulut Uze mula bergetar.

"Tok nak bela kucing boleh tak?" Tanya Uze tiba-tiba, lantas gua menunjukkan jari tengah tepat ke arah muka Uze tanda membangkang.

"RAMPAGE!" berkecai 5-5 hero kena bom gua.

HIkayat Tswana


DANG DUNG PANG!

Bunyi gendang cina bertalu-talu di depan rumah No. 17 Jalan Menukang 3/12. Dari parking kereta dekat hujung jalan gua dengar tune dia agak lari 2-3 beat. Gua buat-buat tak ambil port. Gua hisap rokok sebatang sebelah kereta Lexus LFA Coupe colour biru gua. Gua pandang sayu, kereta dah lawa, tapi naik seorang entah bila lagi gua nak dapat awek model nak naik dengan gua. Tapi nak buat macam mana, kerja gua tak membenarkan gua hidup berkelamin buat masa ini. Bos gua da ugut gua kalau kahwin gaji gua kena potong. Kerja gua pun memang susah. Tiga minggu sudah gua baru balik dari Republik Botswana. Sebelum tu gua ada dekat Selatan Venevuela. Memang boleh membujang sampai ke tua nampak gayanya. 

Dah dekat 20 minit gua menunggu barb dengan Pue sampai. "Sorry Tok, gua pegi kutip lahabau ni dulu, semalam mengada-ngada tak balik rumah. Penat jugak gua cari baru jumpa." tutur Barb gaya mengah sambil buat muka tepat ke arah Pue. "Nasib baik gua penyabar, ikut hati gua nak pegi sental lauk pengantin sorang-sorang dah tadi."  ujar gua. "Jom la, Stone da miscall gua banyak kali ni kang mengamuk pulak pengapit kalau buat-buat lambat" tutur Pue sambil mencapai rokok yang terselit di telinga kanannya lalu dinyalakan.

Bunyi gendang cina makin kuat seperti sedang menyambut kehadiran gua dan rakan-rakan. Depan pagar rumah No. 17, seorang 'Ahso' duduk berkerusi roda umur lebih kurang 90an sedang menjemput tetamu. Itu pasti nenek isteri Tom. keluarga isteri Tom orang Cina mualaf. Nenek ni pula dengar cerita memang asal dari Tanah Besar China. Kuat lagi adat istiadat kaum dia. Lagi pulak isteri Tom cucu kesayangan. Itu yang kompang dah ganti dengan gendang cina. Dengar cerita hari tu Tom call gua tengah pening pasal nenek ni nak upah tarian singa dengan pertunjukan kung-fu sekali. Tapi nasib baik last minute booking dah penuh pasal tarikh hari ni clash dengan Tahun Baru Cina.

Gua, Barb dan Pue salam nenek tu dan menghulurkan sedikit duit. Lantas kami terus menuju ke dalam rumah. Gua letakkan hadiah Setinkane dan Segaba, alat musik kaum peribumi Botswana di sebelah timbunan hadiah buat pengantin. Dekat dalam gua tengok Tom dan isteri sedang duduk atas pelamin. Stone tengah layan kipas-kipas pengantin. minggu depan turn dia pulak dengan orang Penang jugak. Pilihan keluarga katanya. Tom tanpa jambang tersengih-sengih lepas perasan kehadiran kitorang. Gua senyum-senyum.

Lepas habis bersanding mempelai pergi makan beradab. Gua Barb dan Pue cari budak-budak lain. Gua perasan Farid, Uze, Pije, Ariff, Pami, Hafiz dan Azroy duduk semeja. Diorang nampak macam da habis makan. Kitorang duduk join semeja. "Mana lain-lain?" tanya Pue. "Mami dengan Atiqah baru je balik tadi. Iba tak dapat datang Dee tengah sarat sekarang. Shake plak lambat sikit katanya flight dari Sarikei delay." bilang Azroy yang masih linear seperti dahulu. Gua lantas mencedok lauk kenduri. Boleh tahan sedap jugak. Gua tibai 2-3 round sambil borak-borak kosong semeja.

Lepas dua jam, semua buat keputusan nak pulang. Gua jumpa Tom salam-salam semua. Gua terus cabut lepas tu. Dalam kereta tiba-tiba henfon gua berbunyi. Bos gua call. "Lusa ada job. Ko pergi kaji Dinding Derbent dekat Russia. Benda tu da nak kluar da!" tuttt...tuttt...tuttt. Gua terkedu. Peluh dingin mengalir di dahi gua lap cepat-cepat. "Dunia dalam ancaman tak lama lagi." tutur gua dalam hati, sambil mengunyah kuih bulan ole-ole dari rumah pengantin.

http://2markam.blogspot.com/2011/05/janggal-3-status-quo.html

keputusan hari pertama azam baru

GAGAL BESAR.....sekian