Wednesday, December 8, 2010

komuniti Fucktard version 2.0

Gua kadang-kadang nak jugak merasa tulis puisi..


Telah berkali-kali
Mereka nasihati
Jangan mendabik diri
Kau masih belum mampu lagi
Berjalan pun belum tahu lagi
Namun kau mengerti
Mereka iri hati

Hati kau keras, sekeras permata
Langit tertinggi ingin diteroka
Jurang laut kau nak noda
Kau pacat cuba menjadi naga buana
Kerana kau rasa
Ingin berjaya
Dari dipandang hina di mata mereka

Kini, kau bebas muktamat
Jauh dari mereka yang berhati kelat
Biarkan mereka berkulat
Jika tidak esok, mungkin tulat
Semoga mereka hancur lumat
Di dalam komuniti fucktard

p/s: pasni gua start nos2 balik..hakhakhak!

Ni puisi sama tapi xserupa version 1.0... layan beb

1 comment:

  1. bagus
    kombinasi aksara yang hebat.
    dibaluti nyawa-nywa indah

    ReplyDelete