malam semalam time gua tengah bosan-bosan men gitar,gua teringat balik zaman gua kat matrikulasi dulu. tahun 2005 gua join matrikulasi perak.time tu gua tak tahu apa-apa pon pasal matrik ni. ye la bukan dari sekolah asrama penuh,mana nak expose sangat benda-benda camni ye dok.so mak ngan pakcik gua antar la gua. pagi-pagi lagi kitorang da gerak dari kolumpo. sampai-sampai je pas daftar,check-in bilik apa kejadah sume, mak ngan pakcik aku pon blah la tinggalkan aku.
dalam bilik gua ada empat orang,tiga orang tak hensem dan seorang hensem iaitu gua.tapi ketiga2 budak tak hensem ni xde plak kat bilik,suma pegi lepak dengan member-member sekolah.
gua syak gua sorang je dari sekolah gua masuk matrik perak ni. tapi bagus jugak. gua nak buat imej baru. imej budak skema. gua plak pakai spek bingkai plastik kaler itam,time tu femes gila.muka da memang skema haram. imej budak jahat zaman sekolah dulu-dulu tu gua nak buang jauh-jauh.
apa lagi gua pon start la teroka cari member-member baru. tapi sebelum tu,gua pegi teroka cafe budak-budak pompuan dulu. sangap weh. gua dari form 1 sampai form 5 sekolah laki je.
sampai dekat cafe B, mak datuk gua kat syurga agaknya ni. punye la ramai aweks2. gua pon betul-betul kan remos,tolak spek nek atas sket,jalan dengan gaya penuh sopan. lalu je sebelah awek, pergh bau wangi gila menusuk ke sepelusuk jasad aku. memang menaik la.
"Woi! Sarip!"
fuck!sape plak panggil nama gua ni. seingat gua dari tadi gua xpernah introduce lagi diri kat sape2. gua carik-carik empunya suara garau tu.
"Oi fucker!sini ar!"
sekali member lame gua rupanya. dia dulu satu sekolah dengan gua,tapi sebab dia pandai sangat, masuk asrama penuh.
"woi syaitan,lama gila tak jumpa ko!" balas gua selamba. gua berjalan menuju kat member gua yang duduk kat tengah-tengah cafe sambil cover langkah gua tiap-tiap kali lintas awek.
"apa cerita weh?" tanya member gua.
"biasa-biasa." balas gua relek.
"awek lu amacam?" member gua tanya lagi.
"macam tu la." gua jawab malas2.
"awek lu plak?" gua tanya balik.
"gua da jadi gay"
No comments:
Post a Comment