21 Oktober 1947
Perjalanan dari Batu Kurau ke Ipoh ternyata memakan masa. Azizi perlu menaiki tiga bas berbeza. Jadual bas pula tidak menentu. Dari stesen bas Pekan Ipoh pula, Azizi perlu menaiki beca untuk ke rumahnya di Pasir Puteh.
Azizi menyinsing lengan kanan baju kemejanya. Jam tangan bejenama Benrus perberian ayahnya menunjukkan waktu sudah pukul 10.30 malam. Azizi semakin gelisah. Kelmarin Azizi mendapat telegram di Sekolah Melayu Teluk Kurau tempatnya mengajar. Telegram itu datang dari bapa mertuanya. Salmah sakit hendak bersalin. Azizi perlu lekas-lekas pulang untuk menyambut kelahiran anak sulongnya. Sepanjang perjalanan, Azizi tidak henti-henti berdoa akan keselamatan isteri tercinta dan anaknya. Apa yang paling Azizi runsing adalah prosedur Salmah melahirkan anak.
Azizi berpendidikan tinggi berbanding pemuda-pemuda melayu zaman ini. Jadi dia kurang yakin dengan bidan kampung. Dia lebih percayakan doktor. Namun semalam, nasib tidak menyebelahi. Salmah tidak dapat dihantar ke hospital. Jika bukan kerana semalam adalah 20 Oktober 1947, Azizi tidak serisau begini.
20 Oktober 1947
Seluruh Pekan Ipoh seperti tidak berpenghuni, seperti pekan mati. Jalan raya di pekan yang selalunya sesak, hari ini menjadi sunyi sepi. Bunyi-bunyi enjin dan hon yang sering menghiasi jalan raya, Cuma hari ini menjadi lengang. Tiada bas, teksi, beca, motosikal, mahupun basikal. Kedai-kedai di sepanjang jalan yang kebiasaannya sibuk dengan perniagaan, hari ini tutup bagaikan perniaagaan yang telah gulung tikar.
Kelihatan ratusan poster ‘Hartal se-Malaya’ menjadi corak di dinding-dinding setiap deretan kedai sehingga ke pelusuk kampung sekitar Pekan Ipoh. Seluruh rakyat Pekan Ipoh sehati-sejiwa, nekad membantah cadangan Pihak British untuk melaksanakan ‘Federation of Malaya Constitution’. Rakyat sudah mula celik akan hakiki. Hakiki bahawa cadangan ini adalah tipu muslihat penjajah jahanam untuk membonekakan umat Malaya. Hakiki bahawa rakyat sebenarnya tidak harus mendiamkan diri di dalam cengkaman kuku orang asing. Hakiki bahawa sudah sampai detik kebebasan. Kebebasan yang muktamad.
fahmi reza...
ReplyDeletehakhak