Thursday, June 5, 2014

SOH SOH SOH

Rini gua demam selsema..dok soksehh je hingus dr pagi kepala pening2..serius gua malas gila nk kerja rini..kena oncall pulak..adehh..

"Boss besar round surgery 1"

Mesej ringkas dari boss2 kecik gua, dah cukup buat gua berderau darah..boss besar gua ni angin memang lain macam..penah skali dia buat gila suruh gua present case satu ward tanpa tgk file patient..takdak otak btul..

Gua pon berlari2 anak pegi ward sebelah..tgk boss besar gua muka bengkek tgk gua..da apahal? Tgk gua atas bawah atas bawah..gua pon present la case sedikit tidak lancar..tp pelik kali ni dia tak basuh plak gua present camtu..biase belom abes muqadimah lagi gua da kene sembur..ni dia tgk lagi gua atas bawah..peluh jantan gua da menitis, celaka ekon xde ke ward ni?

"Ariff..."

Gua mula cuak..ni kene basuh ape pulak kali ni..

"Ye boss?" Balas gua gugup..

Boss besar gua senyap balik..da pulak..

"Ko dress up hari ni.."

"Ye boss?" Gua da pandang muka boss yang tgh berkerut..

"Macam koboi.." berkata boss gua dan tros blah..


Wednesday, June 4, 2014

Memohon maaf kepada dato ramzi sham



maaf atas isi blog saya yang telah menyinggung perasaan dato..di sini saya ingin menetangkan bahawa isi blog saya hanyalah hobi dan tidak langsung berniat untuk memburukkan mana-mana pihak..namun saya sedar kesilapan telah dibuat dan saya lalai dalam mengambil kira perasaan pihak lain..jutaan maaf saya pohon dari pihak-pihak yang terlibat

Sunday, September 25, 2011

Ntah gua merepek kejap

Gua nak cakap benda baik-baik, gua rasa gua pun agak durjana. Tapi entahlah gua rasa gua nak cakap jugak. 

Itu hari gua balik Malaysia, gua jalan-jalan dekat Uptown Danau Kota. Niat nak cari sikit baju nak buat beraya. Sekali adalah gua terselisih dengan seorang minah melayu ni. Gua tak kenal pun. Gua tak niat pun nak curi-curi dengar apa minah ni borak-borak dengan lagi seorang member dia, awek la jugak. Tapi disebabkan volume dia bersembang boleh tahan jugak kuat, gua terlayan la jugak.

"Eleh si Joyah(bukan nama sebenar) tu, harap pakai je tudung, tapi selak tudung ada lovebite bersepah-sepah."

Member dia tu sampai terbeliak-beliak biji mata konon-konon terkejut gila babi la kot.

"Aku ni tak bertudung pun takde setan macam si Joyah tu." - Minah tu sambung lagi. Baju sendat colour biru  ditarik-tarik sebab takut ternampak lurah punggung.

Dalam hati gua terfikir. Apa masalah orang Melayu sekarang ni, buruk orang suka sangat diheboh-hebohkan. Selagi tak buruk nama orang tu, selagi tu tak puas hati. kalau dah berjaya, baru la puas, macam hilang beban dalam jiwa. Gua bukan apa, gua anti betul dengan awek-awek yang tak bertudung ni asyik-asyik cakap yang diorang tak bertudung pun, tapi tak ada la jahil macam sesetengah awek yang bertudung. Sembahyang penuh 5 waktu tiap-tiap hari. Baguslah kalau macam tu. Tapi cik adik, lu bandingkan dengan minah tudung yang jahil buat apa. Lu banding la dengan minah tudung yang beriman boleh? Lu sembahyang penat tiap-tiap hari, tapi lu still tak tutup aurat. Nanti kalau dekat akhirat, amalan lu memang da cantik sempurna, tapi sebab lu tak tutup aurat, amalan jadi sia-sia, lu tak rasa rugi ke? Just sebab lu nak sangat tunjuk rambut panjang mengurai dahi luas. Tak berbaloi kot. Bukan susah pun nak pakai tudung, orang dah banyak cipta tudung yang sekali lu sarung je, lawa je gua tengok orang pakai. Kalau rasa tak lawa, dah banyak da fesyen-fesyen baru tudung, Hana Tajima la, tudung Yuna la, try la pakai. Lagi manis dari lu tunjuk dahi luas rambut berkarat lu tu.

Bukan apa, benda ni untuk kebaikan. Banyak mata-mata jahat. Gua sebagai lelaki mengaku, kalau ada dua awek lalu sebelah gua, seorang bertudung, seorang lagi freehair, sumpah mata gua confirm usha yang tak bertudung tu dulu, kalau lawa, memang sampai habis gua usha, kalau muka agak kelaut, gua abaikan tengok body pulak. kalau out jugak, baru gua beralih pandangan dekat yang bertudung. Tapi tu nasib baik gua, cuba kalau yang usha lu orang tu perogol, tak ke naya.

pandai-pandai la lu fikir sendiri.

Tuesday, July 5, 2011

Susah

Dahulu
Bukannya mudah untuk mencapai cahaya yang memanggil
Strategi disusun berbulan lama
Segala kelemahan jiwa dan raga ku baik pulih
Agar nanti bila mungkin bersama
Aku sentiasa bersih untuk cahaya yang memanggil

Bila berjaya ku dakap cahaya yang memanggil
Hidup ku terasa lengkap
Suka lucu lara dan ratap sekali pun
Ku bahagia asalkan sentiasa bersama kilauannya
Kerana aku tersilau dengan kemanisan belaiannya
Yang aku memang pasti jujur buatku selama-lama
Selagi nafas mengisi dada
Hatiku tetap terpateri
Walaupun ku terpisah
Kerana bukannya mudah
Untuk aku mencari cinta sepertinya

Namun
Bukannya mudah
Untuk cahaya sentiasa bersinar
Hadir mendung muncul rembulan
Tiba saat cahaya tidak memanggilku lagi
Aku sesat di alam sepi!
menangis tiada siapa menghampiri


Tapi aku tidak alpa
kerana ku senantiasa yakin
Cahaya itu tidak hilang sebenarnya
Ianya cuma terlindung
Di sebalik awan mendung
Malah memantulkan cahaya ke arah bulan
Sebagai tanda isyarat
Bahawa dia masih ada
Dia harap aku bersabar
Menunggu penuh harapan
Waktu dia muncul semula
Kerana bukannya mudah
Melepaskan tangan yang sudah kemas disambut
Melupakan jiwa yang paling diingati
Kerana itulah ku terus menanti



Monday, May 30, 2011

Aku rasa

"AKU RASA DIA SUKA AKU"

Sembur Uze secara tiba-tiba. Gua sedikit terkejut. 

"Mana ko tau?" nada gua serius.

Uze terdiam sebentar. Watak Venomancer di screen ditatap longlai. Permainan baru bermula kurang 10 minit, Uze da kill dekat 9. Semangat membunuh Tempe yang dimiliki oleh Uze memang dasyat. Baru-baru ni Uze pawned tempe guna Dazzle, sampai 10 minit semua leave serentak. Ganas tak terkata. Gua selaku Techies slow-slow tanam bom merata-rata. 

"Holy Shit!" tanda kill yang ke -10 berkumandang. 

"Tadi dia tegur aku masa Commed" sambung Uze.

"Aku rasa ko ade chance Ze" gua cuba memberi suntikan semangat.

"Ko try mintak nombor phone tengok ade respon ke tak. Pompuan ni kadang-kadang lumpy sket. Senang konfius Ze. Time diorang tengah konfius ni la ko cucuk jarum." balas gua lagi.

Uze terdiam lagi sekali. Riak wajah menampakkan semangat berkobar-kobar. Mulut Uze mula bergetar.

"Tok nak bela kucing boleh tak?" Tanya Uze tiba-tiba, lantas gua menunjukkan jari tengah tepat ke arah muka Uze tanda membangkang.

"RAMPAGE!" berkecai 5-5 hero kena bom gua.

HIkayat Tswana


DANG DUNG PANG!

Bunyi gendang cina bertalu-talu di depan rumah No. 17 Jalan Menukang 3/12. Dari parking kereta dekat hujung jalan gua dengar tune dia agak lari 2-3 beat. Gua buat-buat tak ambil port. Gua hisap rokok sebatang sebelah kereta Lexus LFA Coupe colour biru gua. Gua pandang sayu, kereta dah lawa, tapi naik seorang entah bila lagi gua nak dapat awek model nak naik dengan gua. Tapi nak buat macam mana, kerja gua tak membenarkan gua hidup berkelamin buat masa ini. Bos gua da ugut gua kalau kahwin gaji gua kena potong. Kerja gua pun memang susah. Tiga minggu sudah gua baru balik dari Republik Botswana. Sebelum tu gua ada dekat Selatan Venevuela. Memang boleh membujang sampai ke tua nampak gayanya. 

Dah dekat 20 minit gua menunggu barb dengan Pue sampai. "Sorry Tok, gua pegi kutip lahabau ni dulu, semalam mengada-ngada tak balik rumah. Penat jugak gua cari baru jumpa." tutur Barb gaya mengah sambil buat muka tepat ke arah Pue. "Nasib baik gua penyabar, ikut hati gua nak pegi sental lauk pengantin sorang-sorang dah tadi."  ujar gua. "Jom la, Stone da miscall gua banyak kali ni kang mengamuk pulak pengapit kalau buat-buat lambat" tutur Pue sambil mencapai rokok yang terselit di telinga kanannya lalu dinyalakan.

Bunyi gendang cina makin kuat seperti sedang menyambut kehadiran gua dan rakan-rakan. Depan pagar rumah No. 17, seorang 'Ahso' duduk berkerusi roda umur lebih kurang 90an sedang menjemput tetamu. Itu pasti nenek isteri Tom. keluarga isteri Tom orang Cina mualaf. Nenek ni pula dengar cerita memang asal dari Tanah Besar China. Kuat lagi adat istiadat kaum dia. Lagi pulak isteri Tom cucu kesayangan. Itu yang kompang dah ganti dengan gendang cina. Dengar cerita hari tu Tom call gua tengah pening pasal nenek ni nak upah tarian singa dengan pertunjukan kung-fu sekali. Tapi nasib baik last minute booking dah penuh pasal tarikh hari ni clash dengan Tahun Baru Cina.

Gua, Barb dan Pue salam nenek tu dan menghulurkan sedikit duit. Lantas kami terus menuju ke dalam rumah. Gua letakkan hadiah Setinkane dan Segaba, alat musik kaum peribumi Botswana di sebelah timbunan hadiah buat pengantin. Dekat dalam gua tengok Tom dan isteri sedang duduk atas pelamin. Stone tengah layan kipas-kipas pengantin. minggu depan turn dia pulak dengan orang Penang jugak. Pilihan keluarga katanya. Tom tanpa jambang tersengih-sengih lepas perasan kehadiran kitorang. Gua senyum-senyum.

Lepas habis bersanding mempelai pergi makan beradab. Gua Barb dan Pue cari budak-budak lain. Gua perasan Farid, Uze, Pije, Ariff, Pami, Hafiz dan Azroy duduk semeja. Diorang nampak macam da habis makan. Kitorang duduk join semeja. "Mana lain-lain?" tanya Pue. "Mami dengan Atiqah baru je balik tadi. Iba tak dapat datang Dee tengah sarat sekarang. Shake plak lambat sikit katanya flight dari Sarikei delay." bilang Azroy yang masih linear seperti dahulu. Gua lantas mencedok lauk kenduri. Boleh tahan sedap jugak. Gua tibai 2-3 round sambil borak-borak kosong semeja.

Lepas dua jam, semua buat keputusan nak pulang. Gua jumpa Tom salam-salam semua. Gua terus cabut lepas tu. Dalam kereta tiba-tiba henfon gua berbunyi. Bos gua call. "Lusa ada job. Ko pergi kaji Dinding Derbent dekat Russia. Benda tu da nak kluar da!" tuttt...tuttt...tuttt. Gua terkedu. Peluh dingin mengalir di dahi gua lap cepat-cepat. "Dunia dalam ancaman tak lama lagi." tutur gua dalam hati, sambil mengunyah kuih bulan ole-ole dari rumah pengantin.

http://2markam.blogspot.com/2011/05/janggal-3-status-quo.html

keputusan hari pertama azam baru

GAGAL BESAR.....sekian

Sunday, May 29, 2011

kembali beraksi



pehhh......

lama jugak gua berehat dari arena blogging ni..geng2 fucktard mana??blog tomio gua dengar dalam hiatus..celaka time2 gua baru nak heal ni la lu nak berhiatus..demmit!

banyak da jadi sepanjang gua berehat..malas gua nak cerita semua, tapi kebanyakannya peristiwa yang buat gua lebih dewasa..umur pon da cecah 24..badan mule dah rasa sengal2 ubi..nasib baik jiwa masih rocker!

skrg ni gua da masuk 3rd year medic..kelas dan posting da isi masa tidur gua kebelakangan ni,walaupon banyak jugak attendance gua bocor2,tp gua rasa lagi elok la dari tahun lepas..time 2nd year, gua nyaris kena supplement 3 subjek, attendance gua punya pasal..gila kau 6 ribu mana gua nak cari dwet..tp nasib baik kepakaran gua membuat appeal letter buat gua lepas masuk semua exam, alhamdulillah gua lulus semua..jadi gua xnak la ulang benda yang sama lagi tahun ni kalau boleh,gua nak tunjuk muka selalu la..

jadi skrg ni benda2 yang lepas jadi pengajaran buat gua..mula jadi orang yg 'baru'..skrg ni gua kena tidur awal..kelas pagi gua da miss byk jugak ni..kena cover balik..dem..

"community fucktard masih kekal sama, bila mahu berubah"

Friday, January 21, 2011

Siri Bercakap dengan Tokwan


Memandangkan sekarang tengah trending cerita pasal siri bercakap2 ni, gua pon nak jugak buat satu entry.

Gua dulu kecik-kecik mak gua anta gua ngan abang gua tinggal dengan tokwan dan tokmak gua. Mase tu mak gua tinggal KL cari kerja. Kecik2 dulu hidup family gua agak susah pas mak aku jadi ibu tunggal. Bayangkan kalo bab makan pon penah skali makan nasi kuah air kosong tambah garam dengan gula je bagi ade rase..telur pon seminggu sekali kalo ade rezeki baru dapat makan. Pastu mak gua decide nak pegi cari keje kat KL. Then tokwan ngan tokmak gua pon bela la gua dengan abang gua time tu..

Arwah tokwan gua memang garang. Dulu die pegawai penjara taiping. Orang panggil die Tuan Rahman Pendek, tak pon Tuan Rahman Rekod, sebab time tu sume banduan-banduan yang check-in dalam penjara taiping, kena jumpe tokwan gua dulu. Lagi satu Tokwan gua ni tok guru silat sendeng dulu. Mak ngah gua pon skali belajar dengan tokwan gua, memang die ckp kalo time bersilat, arwah tokwan gua memang ganas. Gua rase sebab arwah tokwan gua ni orang bugis kot, memang bangsa pahlawan, tapi gua hairan apsal semangat bugis tu tak turun kat gua sangat. Gua dulu slalu je arwah tokwan ajak gua dengan abang gua men wrestling-wrestling. pergh lunyai gua mase tu baru darjah satu. abang gua yang gemuk macam badak pon lunyai skali.

Gua memang takot la dengan arwah tokwan gua dulu. Tapi gua memang jenis degil dengan buas kecik2 dulu. ade skali tu, gua amek mercun roket thunderbolt, gua patahkan kayu bawah die tu, gua bakar, letak dalam peyiram air yang besi tu. die punye letup memang kaw punye. Skali arwah tokwan gua terkejut plak. die keluar bawak rotan cantik punye halus, die kejar gua keliling paip air, skali gua kene tibai la. berbirat 3 hari tak hilang kot. tu belum gua kene dengan tali pinggang haji die lagi. pergh. disebabkan semangat kebuasan gua tak boleh dibendung, maka selalu la die tibai gua.

tapi gua memang sayang arwah tokwan gua. sebab gua xdpt rase kasih sayang abah gua kot. yang pasti, buas2 gua pon, memang gua la cucu kesayangan arwah. slalu pas kena marah atau kena tibai, malam  tu gua mesti merajuk. nanti masa nak tido arwah datang bilik, amek minyak gamat, bubuh2 kat tempat kena rotan, pastu usap2 pale gua, pastu cakap, tokwan pukul sebab tokwan sayang, tokwan takmau hang besaq2 nanti degey. gua pon start nanges senyap2 peluk arwah.hakhak.kalo die beli mainan kat sepupu-sepupu gua yang lain, mesti ade utk gua sekali. mase gua tadika, arwah belikan gua basikal, sebab gua xde basikal mase tu,pinjam basikal abang gua,sekali gua jatuh da. slalu arwah bawak gua jalan-jalan time dapat pencen. gua cam cakap lapa je, terus arwah bawak gua pegi makan kfc. pastu nek moto jalan-jalan sampai bukit merah, tengok orang memancing ikan toman. kalo arwah pegi mane-mane pon, mesti die akan bawak gua. pastu macam-macam la aktiviti gua buat dengan arwah. arwah ajar gua cara wat perangkap burung, pegi ikot die lastik burung, memang aktiviti budak kampung la. tokwan gua pandai mengubat orang. budak-budak demam, kencing malam, sume die bley ubatkan. gua belajar mengurut pon, sebab slalu tengok arwah mengurut orang.

tapi lepas tu darjah tiga gua pindah KL tinggal balik dengan mak gua. sedeh jugak time tu, nak tinggalkan arwah tokwan dengan tokmak gua. mase sebulan tinggal KL, hari-hari tokwan gua tepon gua, tak pon gua tepon tokwan gua. kalau cuti je gua mesti balik taiping. kadang-kadang gua balik sorang je naek bas kalau mak gua dengan abang gua tak balik. macam mana pon gua nak balik jugak. sebab gua rase tokwan tu da jadi abah gua.

tapi mase darjah 6, ade satu hari tu tokwan gua tepon.

"anyet (panggilan manja gua), ni ha tokmak hang nak cakap"
pastu gua sembang-sembang dengan tokmak gua.

minggu depan tu tokwan gua kene stroke. trus koma 2 minggu.
pastu Tokwan gua pergi menghadap yang Esa.

Gua rase gua la orang yang paling sedih mase tu. gua sampai sekarang terbayang-bayang ayat terakhir gua dengan arwah tokwan gua. selalunye gua mesti sembang-sembang dengan tokwan gua, tapi hari tu gua xsempat sembang ape pon. gua rase menyesal sebab banyak lagi gua rase gua xsempat buat dengan arwah tokwan gua. memang lame jugak gua down lepas tu. sampai sekarang gua selalu mimpi jumpe arwah tokwan dengan tokmak. 

We miss u very much..semoga tokwan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.


Abdul Rahman Bin Abdul Hamid





Sunday, January 16, 2011

2 minggu sebelum IA

"Eh eh, dah botak da die?~~~~~

Dalam hati gua, "macam memanggil kucing"

sekali pandang macam pep guardiola pon ade, tapi pandang lagi skali macam meg skin..

hak hak hak

Sunday, December 26, 2010

It's monday









" Hiburan ni fibrin dalam kapilari, terlebih jadi masalah, terkurang pun jadi masalah



Gua rasa gua dah overdose layan youtube.


Keh keh keh...

Thursday, December 16, 2010

Edisi Lapar

"Woi Bashir jom.." muqadimmah nada keras gua bagi kat Tom.
"Watpe?" gua dengar sore Tom gaye malas.
"Minum la!"  gua tengking sket.
"Lu trun la dulu, nanti gua sampai.."
Gua tak reply, straight gua letak fon.

Gua pun bingkas sarung suar jean yang gua tak basuh-basuh dari balik Manipal ritu. Capai wallet kat celah semak-samun bilik gua ni. Gua slow-slow jalan pegi Bashir. Sampai Bashir, gua usha port feveret gua da kene cop ngan tempe. Faking betul. Gua usha tempe tu dengan gaya ganas sampai tersembur air soya dalam mulut tempe tu. Terpaksa gua lepak port lain. 

Tengah gua tunggu chai dengan megi telur gua sampai, tibe-tibe fikiran gua teringat zaman kecik-kecik duduk kampung dulu. Best gile mase gua darjah satu sampai darjah dua. Hidup kat kampung takde banyak masalah. 
Time kat kampung dulu, budak-budak sume baik-baik, nak jumpe cakap-cakap kesat memang tak dapat, kalo ade pon, kompem dapat penampar dengan mak bapak. Gua pindah KL, 2 bulan je gua jadi rosak. Mencarut da jadi darah daging. Member-member sume perangai macam setan. Time tu ade channel Metro Vision, ada hari die tunjuk cerite Baywatch. Memang melucah je la yang gua pikir time tu. Kat kampung gua, kalo hujung minggu, aktiviti sume takde la macam kat KL. Kalo kat kampung, weekend je gua pegi mandi sungai Bukit Jana jalan kaki je. Kat KL, sungai ade je sebelah rumah gua, sungai Gombak. Penah skali gua gian nak mandi sungai, gua lompat sungai Gombak tu, pastu seminggu naik gatal-gatal satu badan.

Dari hidup kat bandar, belanja mahal, orang berhutang bergadai nyawa nak dapat duit. Kat kampung gua dulu belanje sekolah sehari arwah nenek gua bagi 50 sen. Beli nasi lemak 20 sen dengan air anggur bancuh 10 sen. Baki 20 sen gua masuk tabung. Cukup bulan gua korek beli mainan tak pon beli Jojo. Tapi darjah tiga gua pindah KL belanja gua sehari up jadi seringgit sehari. Nasi lemak sikit ciput harge 70 sen, air sirap tawar 30 sen. Satu sen pon gua tak dapat nak simpan.

Makanan sampai. Gua pon stop mengelamun. Makan-makan, order chai satu lagi, amek chicken puff dua. Pas habis gua nak bayar kat Bashir.

"How much Bashir?"
"Seratus Rupee."

Kimak mahal nak mampos.

"43 Bashir." Gua wat muke tebal, pastu straight blah.

P/s: Sampai habis Tom tak datang. Keparat lu!





Kasut Boot, Braces, Berambut pendek

Pergh..Skali gua teringat zaman-zaman gua geng budak botak jahat la..

Wednesday, December 8, 2010

komuniti Fucktard version 2.0

Gua kadang-kadang nak jugak merasa tulis puisi..


Telah berkali-kali
Mereka nasihati
Jangan mendabik diri
Kau masih belum mampu lagi
Berjalan pun belum tahu lagi
Namun kau mengerti
Mereka iri hati

Hati kau keras, sekeras permata
Langit tertinggi ingin diteroka
Jurang laut kau nak noda
Kau pacat cuba menjadi naga buana
Kerana kau rasa
Ingin berjaya
Dari dipandang hina di mata mereka

Kini, kau bebas muktamat
Jauh dari mereka yang berhati kelat
Biarkan mereka berkulat
Jika tidak esok, mungkin tulat
Semoga mereka hancur lumat
Di dalam komuniti fucktard

p/s: pasni gua start nos2 balik..hakhakhak!

Ni puisi sama tapi xserupa version 1.0... layan beb

Sunday, December 5, 2010

Aku nampak Kucing Melintas La Woi!


Zaman Pasca Seroja

Satu malam tu, Gua, Tom ngan Khafy pegi umah awek-awek KTT. Kitorang plan nak pinjam kereta untuk buat transport angkut barang-barang untuk side project short semester. Time awal-awal tu memang sekor pun takde transport lagi. Sume naik bas Uncle Billy Joe Amstrong. Gua sampai sekarang berdendam dengan Uncle tu sebab halau gua turun bas sebab terlupa bawak kad bas. Gua pinjam motor member Faiz, gua kejar balik bas tu, gua tunjuk fuck kat uncle tu! Tom plak sampai habis pasca Seroja pon still tumpang orang. 

So tuan punye kereta, Akmal Nadia cam orait je nak kasi pinjam walaupon die bukan member group side project kitorang. Tapi dia cakap kereta dia ni kereta olskool sket. Cam susah nak bawak kalo tak bese. So kitorang plan nak pegi test drive dulu. So gua Tom ngan Khafy, Akmal Nadia ngan housemate die.

Sampai kat kereta, Honda Civic lame, plet WAX. Akmal Nadia explain-explain sket kereta dia kat Khafy sebab die yang nak kene bawak nanti. gua ngan Tom plak cam usha-usha housemate Akmal Nadia ni. Cantik-cantik. So Khafy try bawak keta tu, kitorang 5 pun pusing-pusing area Shah Alam. Mase tu sume tak makan lagi. So pas habis pusing, suh Khafy bawak gi ACE CAFE kat TTDI Jaya. 

Sampai kat kedai, oder makan sume sambil borak-borak kosong. Gua, Tom ngan Khafy tengah masuk jarum kat housemate Akmal Nadia. Pastu makan, gua terasa nak hisap shisha, gua order sebalang. Gua ngan Akmal Nadia je layan mula-mula. Tapi tiba-tiba Khafy pon nak try. Gua tengok Khafy cam ada kekok-kekok hisap shisha. Tapi boleh tahan banyak gak die sedut, macam da bese gayanya. Gua wat malas nak amik port. 

Pas abes sume, kitorang pun nak berangkat balik. Gua perasan Khafy agak senyap. Dia passing kunci kereta kat Akmal Nadia, suh die bawak kereta. 

"Aku rasa macam aku pening la hisap shisha."

Gua ngan Tom bantai gelak gila babi. Sepanjang perjalanan balik, Khafy cakap memang dah tahap merapu-rapu dalam kereta. Macam amek dadah. 

P/S: Start malam tu la Khafy dapat nama legend die - Stone

Saturday, December 4, 2010

Salah belah, salah belah

Teringat zaman gua kat Seroja. Ada satu hari tu Pami Pinky masuk wad kene denggi. Gua dan ahli-ahli Seroja pon pegi melawat kat HKL. Petang time masa nak balik, kitorang berenti kat simpang nak kuar HKL, bincang nak makan kat mane. 

Discuss punye discuss, last-last plan nak makan kat seksyen 2 shah alam. Gua ngan Mami naik motor skali, cam malas nak ikot. Sakai ape da sampai KL,nak gak makan kat Shah Alam. Buat bazir gua topup minyak motor Mami je. Sume time tu da perderas naik motor. Hari nak hujan kot gamaknye sume perderas tu. 

Tapi gua tengok setan perderas nombor satu, Stone bawak motor boleh tahan cam haram slow. Stone nek motor ngan Tom. Dalam hati gua suspek, ni mesti ade agenda due ekor setan ni. Gua cakap kat Mami,bawak slow sikit, follow Stone. Pastu sampai satu simpang sebelum nak masuk Federal Highway, kat area-area Mid Valley, Gua perasan Stone masuk satu simpang. Memang sah, ade agenda. Gua suh Mami overtake kat simpang lagi satu, memang tembus dengan jalan Stone belok tadi. Pastu terserempak ngan gua, muke cam relek, cakap tak nak pegi makan seksyen 2. Cantik la, ade jugak same pendapat.

So plan nak pegi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Masuk kat area-area Istana Negara, lalu depan opis penyimpan mohor besar raja-raja. pusing-pusing last-last jumpe. Cantek plak elok je jumpe kedai, da malam, hujan plak turun lebat. Memang into la pekena ikan bakar sejuk-sejuk ni. Kitorang pilih-pilih, dapat siakap dua ekor, sotong ngan ape lagi tah gua tak ingat. 

Gua suh orang kedai tu buat sotong goreng tepung, memang feveret gua, tapi kene maki dengan budak-budak.

"Sotong goreng tepung pale otak lu, kedai tomyam pon boley dapat la setan!" Tom maki gua cam celaka.

Gua bengang, balas balik, "Lu tak payah makan!"

Last-last memang sume pon makan. Lahanat! Tapi gua nak maki orang dalam blog yang cakap kedai ni punye ikan bakar sedap. Macam haram tak best!

p/s: Balik dari makan  malam tu, sume kena maki ngan Barb sebab tak ajak sekali. 





VLOG orang-orang tgh hopeless


Thursday, December 2, 2010

kadang-kadang

kadang-kadang
orang tak faham apa yang kita faham
kadang-kadang
orang tak rasa apa yang kita rasa
kadang-kadang
orang tak fikir macam yang kita fikir
kadang-kadang
orang tak percaya apa yang kita percaya
kadang-kadang
orang tak buat apa yang kita buat
kadang-kadang
orang tak mampu apa yang yang kita mampu
kadang-kadang la..

Monday, November 29, 2010

No mood

Either I stay or walk away

The foul side still happy

thank you for the info..

skrg gua rase sket je lagi gua nak buat keputusan muktamad..

pada yang terasa tu, harap faham-faham la ye..

gua orang jugak beb..

brape lame jugak la gua mampu pendam kalo hari-hari sakit jiwa..

BEWARE!