Dahulu
Bukannya mudah untuk mencapai cahaya yang memanggil
Strategi disusun berbulan lama
Segala kelemahan jiwa dan raga ku baik pulih
Agar nanti bila mungkin bersama
Aku sentiasa bersih untuk cahaya yang memanggil
Bila berjaya ku dakap cahaya yang memanggil
Hidup ku terasa lengkap
Suka lucu lara dan ratap sekali pun
Ku bahagia asalkan sentiasa bersama kilauannya
Kerana aku tersilau dengan kemanisan belaiannya
Yang aku memang pasti jujur buatku selama-lama
Selagi nafas mengisi dada
Hatiku tetap terpateri
Walaupun ku terpisah
Kerana bukannya mudah
Untuk aku mencari cinta sepertinya
Namun
Bukannya mudah
Untuk cahaya sentiasa bersinar
Hadir mendung muncul rembulan
Tiba saat cahaya tidak memanggilku lagi
Aku sesat di alam sepi!
menangis tiada siapa menghampiri
Tapi aku tidak alpa
kerana ku senantiasa yakin
Cahaya itu tidak hilang sebenarnya
Ianya cuma terlindung
Di sebalik awan mendung
Malah memantulkan cahaya ke arah bulan
Sebagai tanda isyarat
Bahawa dia masih ada
Dia harap aku bersabar
Menunggu penuh harapan
Waktu dia muncul semula
Kerana bukannya mudah
Melepaskan tangan yang sudah kemas disambut
Melupakan jiwa yang paling diingati
Kerana itulah ku terus menanti

gua ingat exam ent yg susah...
ReplyDeletecilaka,,
kah3
ReplyDeleteoh penantian..
ReplyDelete