Sunday, December 26, 2010

It's monday









" Hiburan ni fibrin dalam kapilari, terlebih jadi masalah, terkurang pun jadi masalah



Gua rasa gua dah overdose layan youtube.


Keh keh keh...

Thursday, December 16, 2010

Edisi Lapar

"Woi Bashir jom.." muqadimmah nada keras gua bagi kat Tom.
"Watpe?" gua dengar sore Tom gaye malas.
"Minum la!"  gua tengking sket.
"Lu trun la dulu, nanti gua sampai.."
Gua tak reply, straight gua letak fon.

Gua pun bingkas sarung suar jean yang gua tak basuh-basuh dari balik Manipal ritu. Capai wallet kat celah semak-samun bilik gua ni. Gua slow-slow jalan pegi Bashir. Sampai Bashir, gua usha port feveret gua da kene cop ngan tempe. Faking betul. Gua usha tempe tu dengan gaya ganas sampai tersembur air soya dalam mulut tempe tu. Terpaksa gua lepak port lain. 

Tengah gua tunggu chai dengan megi telur gua sampai, tibe-tibe fikiran gua teringat zaman kecik-kecik duduk kampung dulu. Best gile mase gua darjah satu sampai darjah dua. Hidup kat kampung takde banyak masalah. 
Time kat kampung dulu, budak-budak sume baik-baik, nak jumpe cakap-cakap kesat memang tak dapat, kalo ade pon, kompem dapat penampar dengan mak bapak. Gua pindah KL, 2 bulan je gua jadi rosak. Mencarut da jadi darah daging. Member-member sume perangai macam setan. Time tu ade channel Metro Vision, ada hari die tunjuk cerite Baywatch. Memang melucah je la yang gua pikir time tu. Kat kampung gua, kalo hujung minggu, aktiviti sume takde la macam kat KL. Kalo kat kampung, weekend je gua pegi mandi sungai Bukit Jana jalan kaki je. Kat KL, sungai ade je sebelah rumah gua, sungai Gombak. Penah skali gua gian nak mandi sungai, gua lompat sungai Gombak tu, pastu seminggu naik gatal-gatal satu badan.

Dari hidup kat bandar, belanja mahal, orang berhutang bergadai nyawa nak dapat duit. Kat kampung gua dulu belanje sekolah sehari arwah nenek gua bagi 50 sen. Beli nasi lemak 20 sen dengan air anggur bancuh 10 sen. Baki 20 sen gua masuk tabung. Cukup bulan gua korek beli mainan tak pon beli Jojo. Tapi darjah tiga gua pindah KL belanja gua sehari up jadi seringgit sehari. Nasi lemak sikit ciput harge 70 sen, air sirap tawar 30 sen. Satu sen pon gua tak dapat nak simpan.

Makanan sampai. Gua pon stop mengelamun. Makan-makan, order chai satu lagi, amek chicken puff dua. Pas habis gua nak bayar kat Bashir.

"How much Bashir?"
"Seratus Rupee."

Kimak mahal nak mampos.

"43 Bashir." Gua wat muke tebal, pastu straight blah.

P/s: Sampai habis Tom tak datang. Keparat lu!





Kasut Boot, Braces, Berambut pendek

Pergh..Skali gua teringat zaman-zaman gua geng budak botak jahat la..

Wednesday, December 8, 2010

komuniti Fucktard version 2.0

Gua kadang-kadang nak jugak merasa tulis puisi..


Telah berkali-kali
Mereka nasihati
Jangan mendabik diri
Kau masih belum mampu lagi
Berjalan pun belum tahu lagi
Namun kau mengerti
Mereka iri hati

Hati kau keras, sekeras permata
Langit tertinggi ingin diteroka
Jurang laut kau nak noda
Kau pacat cuba menjadi naga buana
Kerana kau rasa
Ingin berjaya
Dari dipandang hina di mata mereka

Kini, kau bebas muktamat
Jauh dari mereka yang berhati kelat
Biarkan mereka berkulat
Jika tidak esok, mungkin tulat
Semoga mereka hancur lumat
Di dalam komuniti fucktard

p/s: pasni gua start nos2 balik..hakhakhak!

Ni puisi sama tapi xserupa version 1.0... layan beb

Sunday, December 5, 2010

Aku nampak Kucing Melintas La Woi!


Zaman Pasca Seroja

Satu malam tu, Gua, Tom ngan Khafy pegi umah awek-awek KTT. Kitorang plan nak pinjam kereta untuk buat transport angkut barang-barang untuk side project short semester. Time awal-awal tu memang sekor pun takde transport lagi. Sume naik bas Uncle Billy Joe Amstrong. Gua sampai sekarang berdendam dengan Uncle tu sebab halau gua turun bas sebab terlupa bawak kad bas. Gua pinjam motor member Faiz, gua kejar balik bas tu, gua tunjuk fuck kat uncle tu! Tom plak sampai habis pasca Seroja pon still tumpang orang. 

So tuan punye kereta, Akmal Nadia cam orait je nak kasi pinjam walaupon die bukan member group side project kitorang. Tapi dia cakap kereta dia ni kereta olskool sket. Cam susah nak bawak kalo tak bese. So kitorang plan nak pegi test drive dulu. So gua Tom ngan Khafy, Akmal Nadia ngan housemate die.

Sampai kat kereta, Honda Civic lame, plet WAX. Akmal Nadia explain-explain sket kereta dia kat Khafy sebab die yang nak kene bawak nanti. gua ngan Tom plak cam usha-usha housemate Akmal Nadia ni. Cantik-cantik. So Khafy try bawak keta tu, kitorang 5 pun pusing-pusing area Shah Alam. Mase tu sume tak makan lagi. So pas habis pusing, suh Khafy bawak gi ACE CAFE kat TTDI Jaya. 

Sampai kat kedai, oder makan sume sambil borak-borak kosong. Gua, Tom ngan Khafy tengah masuk jarum kat housemate Akmal Nadia. Pastu makan, gua terasa nak hisap shisha, gua order sebalang. Gua ngan Akmal Nadia je layan mula-mula. Tapi tiba-tiba Khafy pon nak try. Gua tengok Khafy cam ada kekok-kekok hisap shisha. Tapi boleh tahan banyak gak die sedut, macam da bese gayanya. Gua wat malas nak amik port. 

Pas abes sume, kitorang pun nak berangkat balik. Gua perasan Khafy agak senyap. Dia passing kunci kereta kat Akmal Nadia, suh die bawak kereta. 

"Aku rasa macam aku pening la hisap shisha."

Gua ngan Tom bantai gelak gila babi. Sepanjang perjalanan balik, Khafy cakap memang dah tahap merapu-rapu dalam kereta. Macam amek dadah. 

P/S: Start malam tu la Khafy dapat nama legend die - Stone

Saturday, December 4, 2010

Salah belah, salah belah

Teringat zaman gua kat Seroja. Ada satu hari tu Pami Pinky masuk wad kene denggi. Gua dan ahli-ahli Seroja pon pegi melawat kat HKL. Petang time masa nak balik, kitorang berenti kat simpang nak kuar HKL, bincang nak makan kat mane. 

Discuss punye discuss, last-last plan nak makan kat seksyen 2 shah alam. Gua ngan Mami naik motor skali, cam malas nak ikot. Sakai ape da sampai KL,nak gak makan kat Shah Alam. Buat bazir gua topup minyak motor Mami je. Sume time tu da perderas naik motor. Hari nak hujan kot gamaknye sume perderas tu. 

Tapi gua tengok setan perderas nombor satu, Stone bawak motor boleh tahan cam haram slow. Stone nek motor ngan Tom. Dalam hati gua suspek, ni mesti ade agenda due ekor setan ni. Gua cakap kat Mami,bawak slow sikit, follow Stone. Pastu sampai satu simpang sebelum nak masuk Federal Highway, kat area-area Mid Valley, Gua perasan Stone masuk satu simpang. Memang sah, ade agenda. Gua suh Mami overtake kat simpang lagi satu, memang tembus dengan jalan Stone belok tadi. Pastu terserempak ngan gua, muke cam relek, cakap tak nak pegi makan seksyen 2. Cantik la, ade jugak same pendapat.

So plan nak pegi makan ikan bakar kat Jalan Bellamy. Masuk kat area-area Istana Negara, lalu depan opis penyimpan mohor besar raja-raja. pusing-pusing last-last jumpe. Cantek plak elok je jumpe kedai, da malam, hujan plak turun lebat. Memang into la pekena ikan bakar sejuk-sejuk ni. Kitorang pilih-pilih, dapat siakap dua ekor, sotong ngan ape lagi tah gua tak ingat. 

Gua suh orang kedai tu buat sotong goreng tepung, memang feveret gua, tapi kene maki dengan budak-budak.

"Sotong goreng tepung pale otak lu, kedai tomyam pon boley dapat la setan!" Tom maki gua cam celaka.

Gua bengang, balas balik, "Lu tak payah makan!"

Last-last memang sume pon makan. Lahanat! Tapi gua nak maki orang dalam blog yang cakap kedai ni punye ikan bakar sedap. Macam haram tak best!

p/s: Balik dari makan  malam tu, sume kena maki ngan Barb sebab tak ajak sekali. 





VLOG orang-orang tgh hopeless


Thursday, December 2, 2010

kadang-kadang

kadang-kadang
orang tak faham apa yang kita faham
kadang-kadang
orang tak rasa apa yang kita rasa
kadang-kadang
orang tak fikir macam yang kita fikir
kadang-kadang
orang tak percaya apa yang kita percaya
kadang-kadang
orang tak buat apa yang kita buat
kadang-kadang
orang tak mampu apa yang yang kita mampu
kadang-kadang la..